di sela dukaku yang berdarah.
setiakah masa terus memujuk
agar hemostasis terus berlaku
di setiap rekah lapis-lapis epithelial
The war against the self is a war that will never end
hubungan yang dipaksa-paksakan tak ubah seperti doktrin sebuah hagemoni. kita dipaksa suka. dipaksa benci. dipaksa buat itu ini. Bukankah itu yang paling dibenci sekarang dalam zaman demokrasi yang kononnya menjaga hak asasi manusia. Takkanlah satu hal; emosi yang jadi hakmilik peribadi yang sangat personal pun mahu dirampas.
cukuplah.
Malam kita disarungkan janji cinta,
Langit juga riang berpesta.
Telah Tuhan luncurkan
bunga api besar-besaran
-untuk kita
Menyebar cinta-Nya ke Angkasa
"Hawa, bukanlah aku ini diciptakan untuk engkau. Tetapi untuk bumi. Aku fikir biarlah wujud kita ini memenuhi segala kehendak-Nya "
"Adam, bukankah aku ini juga adalah bumimu yang perlu kau redah hutan-nya, daki gunung-nya, dan suburkan tanah-nya? Bumi ini yang patut kau makmurkan dahulu. bukan begitu?"
3 perkara yang sedang berlegar dalam zihin-fikiran lewat malam sebelum bermula elective posting di jabatan kanak-kanak esok;
1.jangan jadi pedophile.
2.kenapa pedophile menjijikkan?
3.kenapa istilah mempunyai suffix-phile sering berkonotasikan orientasi seksual Serong.
4. Kenapa aku fikir pasal pedophile. Damn.
.
Ini adalah perbualan kelmarin, atau 5hari lepas yang sudah sedikit luput dari memori. Maafkan aku, ya.
Pada saat malam menyalin warnanya dihadapan mata kita, bulan tak tumpah seperti matari yang mengurai jalinan benang-benang masa, menjadikan dimensi kita lebih renggang, sunyi dan panjang.
Surat-surat untuk masa hadapan yang ditulisnya dulu ditilik semula. Tidak seperti 9 dan 7 tahun lepas ketika segala hasratnya yang diutus oleh masa lalu tertunai. Surat kali ini hampir sahaja ingin dikeronyok, kalau tidak kerana dia menegahnya.
5 tahun sudah berlalu meninggalkan jejak pada lorong taqdir yang teramat makhfi di lembah ilmu Tuhan.
Aku masih terlantar dalam daerah ini.melakon watak icarus, ahasveros dan sisyphus, sesekali berpura-pura menjadi ahmad atau muhammad.
Ingin terbang melangit tinggi terbakar dek mentari, ingin merasa bara cinta dipanggang pula menjadi rangka, ingin kepuncak membina istana tergolek jatuh ke garis mula semula.
Dan kau masih tersenyum memberi harap untuk memimpin tanganku ke arah cinta.
Kata dia, bukanlah seseorang itu tidak mencintai kita jika luahan cintanya tidak seperti yang kita harapkan.
Khali, berjeda.
Surat yang ditulis 5 tahun yang telah kujanji membukanya pada saat hari ketemu gadis disebalik pintu, kuutuskan semula pada taqdir.
Agar masa datang menyempurnakan segala yang tak tertunai.
Pesan dia,
Masa kita kian suntuk, ingatlah megahnya kota kenangan yang kita bina dahulu. Kerna Tuhan tidak akan mengembalikannya lagi.
Jika kita masih khali dalam bicara dan lumpuh anggota.
Bangkitlah, jangan jadi siput tempang bercengkerangkan kura-kura!
....
Dan kami mulakan pagi itu dengan ketawa.
![]() |
sorrylah , kitorang takmau bayar bill letrik. sape suh biarkan blackout je |
Kita dapat rasa , nilai dan tahu bagaimana suasana atau budaya yang mencorakkan seseorang itu dengan melihat reaksi mereka menerima dan menguruskan suatu khabar yang terkandung dalamnya hal-hal mendatang yang menghimpunkan suka, duka , puas dan perit sekaligus yang belum lagi ternyata.
Reaksi terawal mereka adalah kristalisasi pengalaman pengalaman lampau.
Positif atau pesimis. Kita berupaya meneropong ke masa lalu mereka.
Seperti khabar mendapat suatu jawatan, khabar ingin mencebur dalam suatu lapangan yang baharu atau khabar bakal dikurniakan zuriat.
Dengan tidak meremehkan realiti kesulitan sesuatu itu yang empunya khabar sendiri jelas, hal hal yang tidak pasti haruslah diuruskan dengan dua rasa - harap dan takut - sebagai dorongan dalam beremosi.
harap dan takut , kedua-duanya adalah hal yang baik. Dengan meletakkan Tuhan dipuncak kepercayaan.
Yang mengatur qada dan qadar.