- Bertemu sahabat lama usai subuh di masjid. Seorang pelajar pondok dari Jogja. dia bakal berkahwin dengan seorang wanita Caucasian, seorang hafizah juga mahir bertutur bahasa arab dari Leicester, England . Ogos depan. Kata dia ini arranged marriage. ini Jodoh.
- ......
- Sudah 3 hari di Malaysia. Minggu hadapan bermula elektif 6-9 minggu di hospital Selayang dan Kelang. di jabatan kanak-kanak ,perubatan dalaman (?) dan kecemasan . Lab coat tak beli lagi. Stetoskop tak pernah ada.
- Sekitar isu Umdecel dan profesor yang konon dibuang dari Universiti. Pakcik saya, Mad sidin nak buat jamuan kambing dan itik.
- Di Malaysia (atau dimana-mana pun) , untuk menjadi seperti katak di bawah tempurung adalah lebih dekat dengan Tuhan.
- Sedang memikirkan untuk menyertai mana-mana ngo/jamaah islam.
- Ramadan adalah bulan paling mudah memulakan suatu habit, tapi masuk sahaja hari ketiga saya telah kecundang.
- Seramai lebih 15 pasangan - kenalan di Mansoura dan kisas bakal berkahwin. Tahniah buat kalian
- berkenaan ketagihan. ia takkan hilang. ia hanya merubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
- worldcup atau apa-apa acara sukan tak pernah meggiurkan saya. walaupun pernah jadi olahragawan 2 kali ketika zaman persekolahan.
- Bercadang tamat sahaja peperiksaan akhir pada Bulan 12 kelak untuk memadam Akaun Fb sekarang buat selama-lamanya.
- Sekarang, perkataan kawan dan kenalan sudah jadi satu makna.
- Sedang membaca terjemahan ITBM, The Quranic Phenomenon oleh Malik Bennabi. Tafsir menggunakan pendekatan Psikoanalisis dan Phenomenology. Nama C.Jung ashik disebut dalam mukaddimah.
- Berkira-kira untuk melanggan Dewan Sastera .
- ....
- "Tuhan akan menguji pada titik kelemahan terdalam seseorang". antara ayat yang sering saya sebutkan sekitar tingkatan 3-5 untuk mendiamkan keluhan kembali terngiang.
- ....
- oh ya, memang belum ada istilah melayu metamorphosis dalam bahasa melayu. ha ha ha
October 12, 2024
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment