- Selamat hari lahir abah. Moga Tuhan mengasihimu di sana sepertimana abah membesarkan ahmad dahulu.
- Selamat ulangtahun pertunangan. canim. :)
- Walaupun ada, malam ini di langit yang sama, tidak kelihatan perseid meteor seperti tahun lalu.
- ..
- "Andaikata Dia adalah serupa makhluk jua, Dialah yang paling sunyi dengan menjadi yang esa. Barangkali, Taqdir adalah skrip jenakanya untuk kita sengaja dipentaskan"
- ...
- kata-kata murtad berleluasa di internet.
- ...
- "Allah wujud tak bertempat, dan tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya" . Kemudian, dia menjadi muslim semula.
- 9/8 adalah tarikh yang perlu dilupakan.
- Selangor. Moga aman.
- ...
- Satu hari nanti, saya bercita-cita membawa awak ke daerah lebih utara di bumi ini. untuk melihat langit yang lebih nyaman, dan untuk mengingatkan bahawa betapa jutaan penderitaan di bumi ini sebenarnya boleh terhenti jika seluruh penghuninya menoleh keatas sana, dan memuji-Nya.
- ...
- saya akan menjadi suami tak lama lagi. lol.
October 12, 2024
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa maksud no 9 tu? harap encik Baihaqi boleh jelaskan.
ReplyDeleteSalam Iman,
DeleteTentang perubahan kenalan-kenalan dari fahaman satu kelompok ke fahaman kelompok yang lain, kemudian adakah kerana meyakininya benar sahaja menjadikannya penjawat polis kebenaran.
Masih cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan wasatiyyah.
yang bertanya lebih mengetahui, bukan?
erk..tanye je la..takde siapa nak jadi polis kebenaran ..ayat tu mcm ada double meaning..what do you mean by no 9 tu, the whole sentence?
ReplyDeleteyang tidak berkenaan jgnlah terasa , hal ni dah jadi macam trending. Dan tak ada double meaninglah.
Deletepoint tu bukanlah fokus sangat pada ayat pertama - tanpa menafikan kebenarannya. boleh je tukar kepada ayat trademark fahaman akidah tigaserangkai. tapi fokusnya ayat kedua. itu shj.
Okay. takperlu deep deep iman. haha
oh jadi apa focus ayat kedua tu? tak perlu deep sangat cuma nak tau apa maksudnya je.
ReplyDeleteyang ayat pertama tu takde kena mengena langsung, malah bercanggah dengan tigaserangkai bawaan Ibn Taimiyah tu..tak sangka baihaqi faham macam tu utk ayat pertama.sebenarnye ayat tu mudah je. Allah wujud tanpa bertempat, sebab Allah menciptakan tempat, jadi tempat tu adalah makhluk.jadi terbatallah aqidah sesiapa yang mengatakan Allah itu bertempat, bersilo lendik atas arasy dan sebagainya, atau menyamakan Allah dengan makhluk. senang kan.tak perlu deep deep bai :P
kan dah salah faham.
Deletebeginilah, apa yang saya nak sampaikan iman, bukannya isi penyataan apa yang iman sebutkan itu , tapi pada ayat kedua iaitu bukan dengan seseorang memahami seperti apa yang iman sebutkan itu sahaja yang muslim. kerana dalam tradisi islam itu luas, dalam penafsiran sifat Allah ada yang disebut takwil dan tafwidh dan tafwidh bukanlah bermakna tajsim. sebagai seseorang yang cuba memahami fahaman ASWJ, perlulah cuba hayati makna wasatiyyah. tidak berlebihan dalam takwil dan tidak sesekali utk tajsim. dan tidak sesekali dengan mudah menuduh terbatalnya aqidah seseorang tanpa mengkaji benar apa yang difahaminya. :)