Kalau cuba diingat-ingat, zaman kanak-kanak dulu. Aku merasakan Neraka lebih real dari Tuhan. kewujudannya terasa seakan lebih konkrit, bagaimana kita ditakut-takutkan lewat cerita-cerita seram dari mulut kawan-kawan, "ancaman" daripada emak dan abah, cikgu-cikgu dan juga kelas-kelas agama dan kuliyah motivasi untuk "brainwash" kanak-kanak supaya jadi anak soleh. Maka, neraka yang digambarkan pada setiap lapisannya disediakan siksaan mahadahsyat yang berbagai-bagai dan khusus untuk kesalahan-kesalahan tertentu seringkali dijadikan modal dan salah satu cara untuk mentarbiah anak-anak.
Ini kerana, memberi ancaman mungkin difikir lebih mudah dan kurang berisiko dari mengajarkan untuk berfikir. Lebih malang lagi, hal-hal sebegini akhirnya diambil alih tugasnya oleh institusi dari orang-orang yang sepatutnya, yang hampir dengan kanak-kanak. Seperti halnya pendidikan seks dan sebagainya. Ia jadi suatu Malu, Asing dan dinobatkan sebagai Taboo.
Tentang neraka lagi, kita secara sedar malah kemudiannya cuba untuk membayang-bayangkan keadaannya, seteruk pengalaman atau gambaran peristiwa paling dahsyat pernah dilihat didunia setara kapasiti kita sebagai kanak-kanak seawal 5-6 tahun.
Cuba bayangkan tentang bagaimana berenang dalam nanah-nanah yang busuk. berjalan atas titian senipis bulu dihiris tujuh yang tulang-tulang manusia atau orang dihadapan kita menjadi arang pembakar dibawahnya, melihat watak-watak asing seperti syaitan jadi teman banduan yang menerima nasib serupa. Dan Api , api sebagai elemen esensial potrait Neraka yang sedang mengunyah-ngunyah dedaging manusia.
Kita justru berasa terancam untuk melakukan perbuatan-perbuatan jahat. Ketika itu bata-bata dimensi moral dalam diri kita mula dibentuk istananya. Konsep Baik-Buruk serta Syurga-Neraka tak terpisah, atau belum lagi dipisahkan. Aku, sebagai kanak-kanak yang kuat berimaginasi, Neraka Hidup bahkan terasa Lebih Hidup.
Manakala bila bicara tentang Tuhan;
Tuhan hal yang Abstrak, Tuhan tak dapat digambarkan atau dibayangkan. Tuhan malah terasa berjarak dan asing dari diri kita, sebagai kanak-kanak, sebagai aku ketika itu.
Aku tak ingat bila pertama kali dan dimana aku diperkenalkan dan diajarkan tentang Tuhan. Soalnya sekarang aku terfikir bagaimanapula untuk mengajarkan tetang Tuhan kepada orang lain khususnya anak-anak kita nanti, sedangkan aku sendiri masih jauh dari kenal. apatahlagi mau katakan aku telah cinta.
Sambil merenung cermin di depan mata.
No comments:
Post a Comment