- What went wrong? ...Berkali-kali soalan ni berlegar dalam fikiran di akhir-akhir medical course ini. Saya masih buntu.
- Bagaimana seseorang masih mampu bersenda gurau selepas berkata hal-hal kematian?
- Tinggal 11 hari lagi untuk tidak lagi menjadi penghuni Mansoura.
- Barangkali dalam banyak-banyak pekerjaan. Doktorlah yang paling mudah hatinya menjadi keras, Bila kematian jadi rutin, dan rutin melenyapkan rasa. ibarat lidah, yang hilang deria rasa.
- Berangan nak berhijrah ke jepun. turki. atau mana-mana european country yang minoriti muslim.
- Apakah caranya untuk mengamankan Malaysia? kalau aman itu adalah toleransi yang dibayar dengan harga identiti islam, melayu, tanah melayu dan budayanya. Maka, sia-sialah kemerdekaan dahulu.
- Pertentangan pemikiran di Malaysia makin Rancak. tetapi setinggi-dalam pemikiran apa pun hanyalah delusi jika bukan Tuhan yang dicapainya.
- Kasihan melihat homo-islamicus. diasak. tanpa persediaan intelektual yang rapi hanya memerah aqal yang kering lalu yang keluar hanyalah hujah-hujah ad hominem. Mungkin ada baiknya.
- ...
- ...
- Moga Tuhan pelihara abah sentiasa disana. Selamat hari ayah, ...Abah.
~
No comments:
Post a Comment