kehidupan adalah sebuah proses pengulangan/repetasi . Manusia lahir, menjadi bayi, kemudian kanak-kanak ,ke alam remaja lantas dewasa dan akhirnya mati. Kehidupan kita pasti melalui graf sunnatullah, ada kemuncak, ada kemuncup . Kita tidak boleh memilih bagaimana kehidupan kita bermula, tapi kita boleh pilih bagaimana kita inginkannya berakhir. Pencoraknya kita.Kita yang tentukan.
Kemudian kita punyai anak. dan mereka akan mengulang kehidupan. Kehidupan mereka yang akan mencorakkaan dunia seterusnya.
Jika direnung kembali, tampak seperti sebuah senda gurau apabila Umar ibn khattab r.a mengajak kawan-kawannya berhimpun untuk berkhayal dan berangan-angan.Setelah rakan-rakannya kehabisan angan-angan untuk diungkap lantas, Umar menyatakan khayalan peribadinya yakni untuk melihat dunia ini dipenuhi oleh generasi2 muda seperti Abu ubaidah al jarrah. Muaz bin Jabal dan Salim Maula abi huzaifah untuk membantu mendaulatkan kembali Kalimah tauhid.
walaupun asalnya kelihatan seperti lawak,-berhimpun untuk berkhayal- ,tetapi ternyata, lawak Umar itu membawa mesej peripentingnya tanggungjawab Outgoing generation (baca: ibu bapa) dalam membina generasi pelanjut (on-going generation) yang berkualiti dalam menelusuri zaman yang 100% tidak sama dengan zaman generasi sebelum mereka.
Membina generasi dalam konteks sekarang lebih tertumpu pada peranan Sekolah berbanding ibu-bapa.Tarbiyah di rumah mungkin berjalan tetapi bagi yang menghantar anak-anak mereka ke asrama, pastinya hampir 70% pendidikan ruhiyah,jasmaniah dan akademia seluruhnya di "absorb" daripada silibus kurikulum sekolah juga persekitaran sekolah.
Saya pelajar medikal juga bakal doktor suatu masa nanti.Sifirnya,bila tiba waktu itu, saya juga akan menjadi bapa dan berkarier.Kesibukan akan membunuh ruang untuk mendidik anak secara total dan satu-satu cara untuk memastikan anak kita terdidik dengan baik adalah dengan menghantar mereka ke sekolah yang baik. Walaupun seperti me'liabiliti"kan anak kita kerana Sistem silibus kurikulum sekolah sekarang kelihatan lebih cenderung kepada merencatkan pemikiran daripada membinanya.
Tetapi apakan daya, Bagi saya,Malaysia tidak wujud lagi model sekolah yang boleh membanggakan. Model sekolah yang mencapai 60% kemampuan untuk mencemerlangkan serta memanusiakan anak-anak kita dari segenap aspek.Bahkan, Kolej yang gah dijenamakan dengan nama Islam pun masih gagal memanusiakan setiap anak didiknya.
Jika saya dapat memilih kurikulum serta mencipta persekitaran sebuah sekolah. Saya angankan anak-anak saya di sekolahkan konsep ini.
4-6 tahun-
Pendidikan bertumpukan kepada kemahiran membaca alquran. Diajarkan juga lebih dari satu subjek bahasa. Disamping, pendidikan akhlak yang lebih berbentuk praktikal dan visual. Juga subjek mantik, seni lukisan dan muzik.
Juga menerapkan “never fails techniques to teach children” daripada pengasas khalifah institute, Professor dr. Muhammad al Mahdi:
1.Find several different ways each day to remind your child that they are Khalifah of Allah.
2.Take the opportunity, a number of times each day, to give positive attention (warm praise) to your child for any good things they do or good characteristics they show.
3.Set firm, reasonable rules for your child, make sure your child understands those rules, and enforce those rules consistently with “kind” discipline (this means without harshness).
7-12 tahun-
Pengajian ditumpukan pada penghafalan Al-Quran dan diajarkan juga subjek pengajian islam, bahasa, logik dan seni lukis atau muzik. Pada tempoh umur ini, pihak sekolah perlu mengenal pasti kecenderungan minat pelajar pada bidang tertentu
Sistem pembelajaran berupa halaqah. Setiap guru@murabbi hanya diberi tanggungjawab sekitar 10-15 pelajar sahaja.
Dari segi persekitaran dan pergaulan dalam sekolah, saya lebih gemar jika Interracial dan religion relationship berlaku. Kerana di sini kita dapat membina communicating skill juga PR (personal-relation) skills yang teramat penting dalam kehidupan seharian. Selain itu kefahaman serta keyakinan terhadap akidah Islam juga teruji dalam hubungan berbeza agama.
13-18 tahun-
Tempoh ini merupakan tempoh bermulanya pengajian sebenar. Setelah dikenal pasti kecenderungan pelajar, mereka akan diajar secara khusus bidang-bidang yang diminati sama ada pengajian Islam seperti feqh, tafsir, hadis etc atau kesusasteraan, seni, falsafah, perubatan, ekonomi dan sebagainya
Ini sekadar idea kasar sistem persekolahan ideal yang saya modify daripada idea saudara Saifudin Amran dan perlukan banyak penambahbaikan. Ternyata idea ini tampak terlebih ideal berbanding sistem sekolah masakini.
Pendidikan (nurturing) adalah proses memanusiawikan (humanizing) manusia. Kita tahu bahawa dunia sebenar itu dahsyat, Kejam dan terkadang tidak masuk akal , tetapi itulah reality kehidupan. Sebelum kita mencampak anak-anak kita kedalam realiti. Persiapkan mereka.untuk Gagah terus menjadi manusia yang bersifat sebenar-benarnya manusia dalam mengharungi kehidupan.
Alquran sendiri melakarkan betapa muhimmnya penyediaan generasi mendatang dan perlunya untuk menyediakan satu generasi yang kuat.
Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andai mereka meninggalkan dibelakang mereka zuriat keturunan yang lemah. (An nisa’: 9 )
Lalu, kehidupan yang kita lalui sekarang telah nyata penuh dugaan kerana kedhaifan diri kita sendiri..Adakah kita inginkan anak-anak kita juga menghadapi masalah yang sedemikian rupa.Kehidupan ini benarlah ianya sebuah repetasi .Teorinya, sebagai makhluk kita tidak mampu memilih apa yang ditakdirkan permulaan kehidupan kita tapi sebagai bapa, Kita mampu memberikan permulaan yang terbaik utk anak-anak kita.
Baihaqi,
Mansurah, Daqahliyah.
-----------------------------------------------------
-sebenarnya, setelah selidik berjenis-jenis konsep sekolah masakini. saya lebih suka idea home-schooling, baru kelihatan seperti seorang bapa bertanggungjawab.haha, tapi sudah tentu kau kata mustahil bagi seorang doktor. kan? :)