October 12, 2024


Bagaimana kita meraikan kematian?

atmosfera seringkali mendiamkan diri..

Khali, berjeda , masa bagai berhenti dan bergerak dalam satu jalan yang sama.  Dan ketika itu, segala titis-titis campuran rasa seakan menguwap dihadapan mata kita - jelas, perlahan-lahan ia memejal,  membaur gumpal-gumpal awan perasaan tak berbentuk.

Selang beberapa ketika. ia menyayat, melarat, memberat.

Tetapi kita sedar rasa berat itu bukanlah sebenarnya terletak di kedua belah mata


sambung..




1 comment:

  1. rasa berat itu, bagaikan jasad ditarik ke tanah. mengikat kaki kuat dengan akar-akar tunjang dari pohon-pohon redang di sekeliling. terdengar suara manusia di sekeliling namun, tiada apa yang dikata berjaya ditangkap dek fikiran waras, kerana kewarasan itu sepertinya tiada.

    sambung? :p

    ReplyDelete